Monday, December 10, 2012

Cici lagi

hello..

ok ini gambar terbaru cici.. oleh sebab xder katil khas untuk cici, so dia suka tido atas mesin basuh tak pon dalam bakul baju bucuk hahaha syian kan cici.. dh la skang dah kn kurangkan skit memain ngan dia n kekucing lain, sebab kat rumah ada babies.. 2 babies ok yang baru lahir. so untuk elakkan sebarang masalah kn kurangkan aktiviti berkucing didalam trumah. eh heee


Hai saya da gemok.. hiks..

Friday, November 16, 2012

Oh! Cici

Bismillah..

4 hari bercuti di kg. Attend wedding cousins. bawak sekali Cici, yang lain kena tinggal.Terpaksa.Tak boleh nak angkut semua anak-anak bulus sebab kesuntukkan tempat. So angkut Cici jek la sekor. Anak2 yang lain mintak adek tolong bagi makan.

Sepanjag berada di kg, Cici sangat baik. danm dia nampak selsa berada di kg. Tido, makan tu jek kejanya. takl pun mentawaf satu rumah. hahaha boring la tu sorang2 kot syian cici. masa pergi umah cousins, tinggalkan dia lam rumah. Ok jek xder dia nak kacau2 barang ke, poo pee ke dalam bilik air.

 Syiok lepak2 tepi kolam


Termenung rindu anak2 kot tu

Wednesday, November 7, 2012

Aksi Cici si Gedik

Bismillah..

Hari ni just nak share gambar2 si Cici yang da makin berisi dan mengada serta garang ni huu.. semalam aku kacau2 dia pelok2 dia sekali dia cakar... hahha ingatkan xder kesan, hari ni baru nampak jalur gemilang dekat tangan aku. haish.. nak kn potong kuku Cici ni, tp masalahnya susah ok nak pegang dia lama2 dia akan memberontak nak lepas ish.. kenyek kang..

"Ok mari kita menjilat2 nyum2.. grooming diri sendiri... dah lama kita tak mandi tau, akak kita malas lah tu nak mandikan kita."

'"Haaaa ish ish gigit kekuat sikit ada kutu agak nya ni .. "

"Hoi!! agak2 la kalo kot yer pon bergrooming wahai Cik Cici, awak tu betina tau, terkangkang... sila sopan pehliss " -kakak

 " adehh dah penat arr tidur la jap dalam plastik ni mintak2 kakak tak nampak kite.~ fuuu ~ fuuu' -..-

"ahhhhhhhhhhhhh segar sikit rasa lepas nap sekejap, dah bersih dah tangan kita tengok putih kan kan"

"hurmm sambung tido balik laa xtau nak buat ape ni.. sedap gak bersandar dekat Cik Ted kakak kite ni.. krohh krohh.. ZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzz "

Itulah Cici, sejak di spay sebulan lepas ni jek la kejenya makan, tido, tido makan. Port paling dia suka adalah didalam bakul baju buchux.. kalau cari2 xjumpa tu intaila dalam bakul, kompem ada punyalah. ish2.. 

Actually dah lama xmandikan Cici ni, sebulan lebih dah sejak kn spay tu, yerla doc cakap biar 2-3 minggu lepas spay baru mandikan. takut jahitan dia xbebetul baik lagi, lepastu hantar g vaccine dan kawan cakap xleh mandikan 1 minggu lepas di vaccine takut dia demam..naseb baik tak mandikan, sebab sehari lepas hantar dia vaccine dia demam monyok jek, satu hari tido jek dalam bakul baju buchux ololo syian Cici. So tgk arr kuning2 tu ha dekat bawah perot bekas jahitan hr tu, tapi bulu da tumbuh dah. 

Sekarang bagi Cici makan RC 33 Hair and Skin, nak bagi bulu dia cepat sikit tumbuh dan kulit dia cantik. Nanti bila da bebetul ok dan bulu pon da tumbuh lebat, baru nak tukar ke RC lain pulak. Almaklumlah Cici ni cerewet dan cepat bosan ngan makanan dia. Kena selalu tukar2. nasib baik la Cici ni bukan jenis cirit-birit kalau tukar makanan dia..

ok lah tu jek nak kabo.. bye

Monday, November 5, 2012

Vaccine lagi

Bismillah..

Tadi b4 pergi kerja sempat singgah vet dulu. nak vaccine Cici untuk kedua kali. hari masa vaccine bulan lepas skali ngan spay. bawak Lilo sekali sebab dia nampak macam kecacingan, kurus sangt perut lak macam buncit. tak seaktif abangnya si Lulu..

Cici ni suka dok lam carrie cage ni. *lapik surat khabar jek kain cuci*

Baik sangat Cici ngan Lilo ni xberbunyi pon.masa doc cucuk jarum pun Ici rileks jek xder bebunyi... baik Cici.. Lilo pun cam tu gak, doc cakap mybe dia kecacingan lagi tak pun kurang selera makan. So doc bagi ubat cacing.Elok jek Lilo tu telan xder nak lari2 ke ke menggelumpur pon. lepas tu doc bagi pulak vitamin  elok jek dia telan. baiknyaa dorang..

 
 Dalam kereta tadik

Doc bagi vitamin selera untuk Lilo, aku lupa lak nak tanya apa namanya, tapi kalau tengok dari warna dia dan bau tu ala2 brewers yeast jugak laa ada bau ikan gitu.Doc cakap bagi sekali sehari, separuh jek. nak bg dekat cici ngan Lulu pun boleh jugak.

vaccine card Cici pink colour lagi 

Totalnya tadi sekali deworm+vaccine+vitamin= RM 30.00 murah la kan, sebab vet kerajaan. Satu vet ni je yang ada kat sini. naseb baiklah perkhidmatan dia not bad.

 next vaccine 2/11/2013 tahun depan pulak.

Ok, next vaccine tahun depan pulak. hee jangan hilang dah la card ni... sebab lama sangt nak tunggu next appointment. nanti nak hantar Lilo ngan Lulu lak Vaccine, tunggu Lilo ok skit lah.. nak bawak sekali tadik, tapi macam tak jadi. huuuu.. 

ok lah itu sajo babai

* kuali gambar xlawa sebab snap guna ipad, gambar masa doc rawat pon xsnap sebab hp tertinggal dalam kereta*

Saturday, November 3, 2012

Cici Hip Hop Yo

Bismillah..

Semalam xder keje, seo kitorang telah membuili Cici. hahahha dengan paksa rela cici telah menjadi mangsa bulies kami LOL. Aku amek baju dr tedy bear aku yang kawan aku  bagi tu, n than aku sarungkan dekat cici.. kah3.. comey lak aku tgk... dia pasrah jek dok dediam sempat arr snap2 pic dia.. pastu kan, skali dia nak jalan tu. dia pergi mengundur kebelakang pulak. hahahha dia xbiasa dipakaikan baju2 ni.. dah macam mana nak belikan baju kat cici ni? huuuu

 Garang muka cici hahah tahan marah kot ni

 hee yg ni comel kan. nampak cam da bam2 la Cici
 
 hurmm pasrah jek laa diriki dibuli -kata cici kot : LOL

 memuuahhhh sayang cici tatak guwau jek arr (adek gwe)

 kbai

Friday, November 2, 2012

Pada Suatu Petang

Bismillah..

Meh3 tengok apa 2 beranak ni buat masa balik kampung Hari Raya Haji hari tu.. kemain tau dorang ni.





































hahahha tu lah, sapa suruh panjat kan da takut nak turun... n last2 si Lulu tu terjun berani mati... huhuhu
tu lah alkisahnya....

babai

Monday, October 22, 2012

My pets balik Raya Haji

Bismillah...

Today umi ngan abah balik kg dulu. Balik awal sebab nak settlekan banyak hal pasal majlis kenduri doa selamat ngan sambut menantu (majlis bertandang) pada Hari Raya haji kedua. So aku minta abah bawak balik Cici ngan the babies dulu.. Lilo ngan Lulu. memula ingat nak tinggal jek, tapi macam xsampai hati pulak kan. So just bawak balik mereka sahaja. Si Gemuk, marina, putih ngan yang lain2 tu da biasa kena tinggal. Esok malam aku balik kg ngan adek, aku just tinggalkn food untuk dorang banyak2 letak dalam food feeder.. Hope mencukupi lah hendaknyaaa

Hope jugak cici ngan anak2 tu behavelah dalam kereta, tak buat hal tak bising2 kang ada abah sumbat dotang kat belakang bonet Hilux tu heeee ok gak kan luas skit kot nk sumbat cage besi tu. bawak Carrie cage skali, mn tau kang aku kn bawak balik sini awal nnti mn muat nk sumbat cage besi tu lam kereta adek.huuu

Pe2 hal pon, Selamat Menyambut Hari raya Aidil Adha semua.. korang bawak balik tak anak2 bulus or haiwan peliharaan korang? Suggies ke, kucing ke,hamster ke, burung ke, ikan ke, kura-kura ke, bunny ke, hedgehog ke, ape2 jek la korang pet tu. kalau tak bawak skali, jgn lupa tau sediakan food yang mencukupi.. yang bela suggies  tu bawak la balik beraya skali yer, jangan tinggalkan, kesian kot sunyi nanti.. maklumlah suggies ni perlukan attention lebih sikit.. kang xpasal2 mati koik lak huuu 


Nanti da balik kampung, da korban lembu tu jangan makan daging banyak2 tau.. kang bergelimpangan kepanasan pulak..makan tu beringat ok... heeeee 

ok babai.. selamat pulang beraya semua... have a safe journey!!!

wassalamm

Saturday, October 20, 2012

Suggies-Combi

Bismillah...

Warghh punya la lama kan tak update blog ni.mesti kengkorang tertunggu2 an an HAHAHAH.. padahal xder sapa pon yang baca blog picisssan aku ni. ko hado? lantak kan sahja.
Ok sebab ada benda baru so macam kerajinan pulak la nak hupdate, nak bagitahu lah dekat seantero duniaaa.. -..-.
Sejak 3minggu lepas entah dah kenapa, sejak lepas kawen, adek aku ni bukan main gian dan taksubnya mau mempetkan satu haiwan ni.korang tau apa tak? haaa nama melayu dia tikar terbang.. eh bukan. mentipuww.. Tupai terbang, kalau dalam bahasa saintifiknya (reka) Sugar glider atau suggies gelaran manjeww giteww .
Umur suggies ni dalam 2 bulan setengah di beli dengan harga sekali ngan cage kecik, satu botol suppliment dan setengah bijik epal RM 230 selepas di beri diskaun, memujuk tuan kedai sambil berguling-guling dilantai kedai tersebut (overnya kau)..

lepas tu dah berjaya dibawa balik kerumah, oh sebelum itu adekku sempat mengepaw kawannya sebuah sangkar tinggi dengan percuma sebuah sangakr buatan tangan yang besaq gedabaq untuk abah sekali. hahaha baik kn kawan adek aku tu beli yg kecik free yang besar.

Now masih dalam ketakutan mahu memegang itu suggies yang diberi nama manja ngengadenya Combi.. omey kan nama dia memula my SIL bagi nama Stacy, tapi di bangkang oleh adek dan abah aku.. dorang bg la nama Combi.kah3.. kesian  SIL aku penat bg nama korang suka suki jek tuka.. pasrah jek la SIL weh..

Walaupun Combi hak milik adek aku, tapi aku la yang kena bawak si Combi ni datang kerja hari-hari.ye lah katapun haiwan ni jenis kena tuan dia ada disisi.. naseb baik aku keje sendiri so xder yang nk marah atau larang pon. Aku bagi makan buah, tukar2 la menu.. epal, mangga,pastu tomato. nampaknya Combi ni xcerewet makan, cuma makan sesikit jek.maklumlah baby lagi kan..

Tapi yang tak tahan bila dia cam garang sikit lah, bila nak pegang dia menyanyi eh  menjerit kekuat. terkejut mak tau.. huu sampai melatah2.. nak pegang pun tak jadi ah cam gini. huuu so skang mamasing masih dalam situasi mengenali hati budi katanya.. -..- kalau kn gigit pun sikit jek, rasa tajam2.. pastu kuku dia tu la xtahan tajam wooo lepas dia dok merayap2 atas tangan kompem la tangan aku jadi berbirat merah2 huu kulit manja katakan. T_T'

Hope combi ni akan panjang umur dan sehat dan akan JINAK! itu yang kita nak Sebelum nk bela ni kn banyak membaca dulu, search dekat internet pasal Sugar Glider, cara nak beli, nak membela, jenis makanan diet dia, cage yang macam mana, toys, supplimet dia, cara nak jinakkan dia.. macam2 lah. kalau rasa sanggup hadapi semua tu baru bela ok. kalau rasa xder time, baik jangan.. kang mati lak suggies tu.. sayang woo.. mahal tu..

 Meh la negok Combi kita omey sangat haih

 tengah makan tomato

 tidur

 Bergulung

Cak!! kacau orang tidur lah

Friday, October 19, 2012

Lilo & Lulu

Bismillah..

Haaa ini gambar terbaru Lilo dan Lulu.. dah lama kan xpost pasal dorang. tak ada masa nak snap2 pic dorang sebenarnya. huuu...
Now umur dorang da 3 bulan lebih, nak masuk 4 bulan dah ni. Deduanya female, si Lilo tersangatlah kecik,kuat makan, tapi ringannya.. separuh dari saiz badan si Lulu padahal lahirnya sama-sama.huuuu..

Lilo tak aktif macam xberapa sihat sangat, muka monyok jek, Lulu pula bukan main aktifnya, makan pun banyak, cakap pun banyak. hahahah meow sana meow sini, salu mintak nak main kat lua. Aku petamg2 jek bawak dia memain kat lua, time aku gi keje aku kurung. huuu bahya kot nak lepaskan.

Si Lulu yang noty


 
Lilo yang manja ololololo


Ha tengok perbezaan saiz dorang. jauh gak la bezanya... Lilo macam baru 1-2 bulan, Lulu lak da macam 4 bulan. berat, besar buas. hahahha

Lepaking. Lulu ni sebiji cam mummynya Cici


 eeee kechixnyaaa Lilo

Hari tu ada yang nak dorang ni, lepastu last2 macam tak nak pulak. Yerla kucing tak cantik sapa lah yang nak kan. Korang nak yang bebulu lelebat korang g la beli kat petshop nun harga beriban2 xdernya orang nak bagi FREE wehh.. huuuu.. Tak apalah biar aku jaga jek Lulu ngan Lilo ni apa ada hal kan.. heeee

wassalam. 



After 2 week neutered

Bismillah..

Hari selasa 2 Oktober 2012  lepas, aku dengan nekadnya telah pun menghartar Cici ke Vet untuk di spay. Sebenarnya, agak lama aku fikir, aku baca, aku search dekat internet pasal spay ni. Pasal hukum hakam, boleh ke tak, sebab, perlu ke. kenapa perlu bla bla bla.

Cici sehari sehari sebelum di spay

Kalau ikutkan dah lama cadang nak spay Cici, tapi dia sempat terpengandung dulu. huu esokey lah kan, kita bagi can dia melahirkan la dulu tak la "kejam sangat'. huuu Spay kucing ni satu kekejaman ke? Aku banyak membaca lam blog, banyak bertanya pada yang pakar, so bila aku rasa macam YES! aku kena buat jugak aku nekad, aku redha dan aku pasrah.

Alhamdulillah dengan izin Allah, hari ni dah hampir 3 minggu Cici neutered. keadaan cici sangat sihat dan luka dia pun da sembuh, bulu-bulu yang dicukur pun da tumbuh. memang masa mula-mula ambil dia dekat vet, cici sangat lemah. Doc cakap tu semua kesan dr bius. 48 jam jugak baru dia akan sedar sepenuhnya. malam tu aku memang xlena tidur, berpeluh, berdebar2 risau takut semua ada. Takut apa2 yang buruk berlaku. huuu esok pagi aku bangun terus meluru tengok cici, dia stil mamai2 dan tak makan.

Cici after 2 weeks ++ neutered

Lepas 2 hari baru cici sedar sepenuhnya, dia dah mula makan, minum poo and pee. lega sangat rasa. baru tenang huuu.. ada jugak yang macam terkejut bila aku cakap aku spay Cici ni. Ada yang cakap ish tak baik lah, dosa . huu.... hello.. aku tau apa aku buat. Dosa ke tak, biar Allah aje lah yang tentukan. yang penting Allah tahu niat aku kenapa aku buat semua.huuuu

Now da lepaskan Cici keluar dari cage selepas hampir 3 minggu aku kurung dia. Untuk keselamatan dia jugak.Alhamdulillah dia sihat dan cergas. Kos Spay dekat vet kerajaan sekali dengan vaccine RM 70.00. tak mahal sanagt kan. Semoga Cici akan terus sehat dan panjang umur.

 
Cici


Wassalam...

Tuesday, September 11, 2012

Deworm time..

Bismillah..

Hari ni bawak anak2 cici yang tinggal 2 ekor tu pergi vet. Ingat kan Vaccine ngan Deworm skali, tapi doc kat vet tu cakap, xboleh vaccine lagi kena tunggu kucing umur 3 bulan.Aku cam aikkk hairan la juga kan.Sebab ada kawan aku cakap, umo 10 minggu da boleh di vaccine. Doc baru la pula dekat klinik veterina ni, doc lama dah tukar ketempat lain.Aku jadi macam yakin tak yakin je ngan doc baru ni huuuu..

  
 Veterina Kerajaan


 Lulu & Lilo

So just bagi ubat cacing je la dekat si Lulu ngan Lilo ni. Hope dorang akan sehat dan ok sahaja sementara tunggu umur 3 bulan. Hari ni umur dorang genap 2 bulan 6 hari. Dorang tu nampak sehat dan aktiv sangat. Buat masa ni la kan. Aku risau jugak kalau-kalau kang tetiba sakit, kn virus apa2 ke.huhuhu.. Hope dijauhkan lah. dah la dedua tu betina, female.. memang nak kena sediakan wang untuk spay dorang. Tapi ada kawan adek yang nak sekor. Tengok la nanti dorang besar sikit aku bagi lah. 




Sekarang plan nak spay cici.tapi aku dah rasa macam 50-50 je ni.Takut wehh kang jadi apa2 dekat Cici aku tu.. meraung lah jawabnya,,, T_T.

Penghuni Baru

Bismillah..

Hayyo da lama xupdate blog ni. bukan bz pon, cuma alkemalasannya la nak menaip hoi.huuu
Sejak lepas raya hari tu, kat rumah dah ada penghuni baru. si Gemok, kucing abang ipar aku. Oleh sebab dia sekarang kerja dekat laut, balik 2,3 bulan sekali dan akak aku pula tengah preg 6 bulan, so abah ngan umi suruh tinggal kan aje gemok ni kat sini. perempuan preg ni xelok sangat kalau ada kucing dekat rumah. Bulu. poo pee kucing ni bahaya untuk kandungan.

Gemok si Jakun. ;p
Memula tu gemok ni macam aljakunsss gila ok.kelakar pun ada, geram sakit hati lagi lah.huuu.. gemok ni dok Kl dekat apartment.dekat setahun kot terkurung dalam rumah. kadang2 jek la abang ipar bawak dia keluar, time balik kampung ke kan.Gemok ni macam kena culture shock gitu.Boleh pijak tanah, lepastu jumpa ngan kucing-kucing lain.Dia cam takut la... stress, xmakan tak minum beberapa hari. lepastu asek nak menyorok jek.Tension juga lah aku kan, dah dia xnak makan sampai naik kempis perot dia..risau aku.lepastu bila nampak api dia boleh nk terjah jalan je dalam api.hahahha sampai terjerit2 la abah aku.. lepastu dia terjun kolam pulak.kah3.. naseb la masa tu air kolah xpenuh.. adeiii.. sabar jek la.

Menyelit jek keje 
Makan masa jugak lah Gemok ni nak ok dari Jakun dia tu. Sekarang da ok, da mula boleh terima keadaan dalam rumah aku, dia punya lah syok kan explore dapat keluar bebas..keluar..pastu lapar baru masuk dalam rumah. memang xkurungla gemok ni,abang ipar cakap biarkan aje.. so aku biar jek laa tapi time malam, time makan dia balik.dan memang suka habiskan masa tido dalam rumah aje. dah biasa jadi indoor cat kan.

Perot pon da mula Gemok balik, bulu dia tebal dan saiz badan dia besar walaupun Gemok ni abang kandung Cici. Cici tu kecik jek, walaupun sekarang da gemok sikit la lepas beranak hari tu.


 Gemok & Cici


Kbai

Wednesday, August 1, 2012

Anak Cici Mati

Bismillah...

Dugaan lagi buat aku. Aku redha Ya Allah... Kalaua Allah uji bermakna Alalh sayangkan kita kan.. so aku redha... huuuu :')

Semalam b4 pergi keje.. aku usap2 anak2 cici empat2  ekor, aku tgk dorang tengh syok tidur. syomel sangat mereka...

Tapi balik keje semalam 1 Ogos 2012 hari Rabu, bersamaan 12 ramdhan, bila abah cakap, Da, anak cici mati sekor.. yang putih tu.. Ya Allah terkejut sangat. macam tak percaya jek. sebab dalam banyak2 dia lah yang paling aktif, paling lasak dan paling comel. :'(.. abah cakap siang tu elok jek, tp masa abah nk alihkn ke cage  abah tgk da lembek.. da mati.

Aku macam tak percaya.. nak nanges dah sebenarnya.. tapi aku tahan. Sebab anak cici tu antara kucing kesayangan abah.,,paling gebu dan warna dia lain dr adek2 dia yg lain..

Aku rasa dia terkena jangkitan macam kucing2 aku yg mati tula, sebab abah kata ms angkat tu cam ada cecair keluar dari hidung..
Da kena jangkitan cam yang lain kot... pagi tadi lg dua tu da bertaik mata.. huhuhu..xtau nk buat apa.. nk bawak g vet dorang kecik lagi... xpe la aku akan rawat selagi aku mampu.. kalau da Allah nak amek nyawa dorang aku rela jek.. huuuu :')

selamat tinggal sayang.. (nama pon lom sempat bagi) semoga kita jumoa di syurga nanti...  :')

 
RIP 6 Julai 2012-1Ogos 2012 :"((