Wednesday, November 7, 2012

Aksi Cici si Gedik

Bismillah..

Hari ni just nak share gambar2 si Cici yang da makin berisi dan mengada serta garang ni huu.. semalam aku kacau2 dia pelok2 dia sekali dia cakar... hahha ingatkan xder kesan, hari ni baru nampak jalur gemilang dekat tangan aku. haish.. nak kn potong kuku Cici ni, tp masalahnya susah ok nak pegang dia lama2 dia akan memberontak nak lepas ish.. kenyek kang..

"Ok mari kita menjilat2 nyum2.. grooming diri sendiri... dah lama kita tak mandi tau, akak kita malas lah tu nak mandikan kita."

'"Haaaa ish ish gigit kekuat sikit ada kutu agak nya ni .. "

"Hoi!! agak2 la kalo kot yer pon bergrooming wahai Cik Cici, awak tu betina tau, terkangkang... sila sopan pehliss " -kakak

 " adehh dah penat arr tidur la jap dalam plastik ni mintak2 kakak tak nampak kite.~ fuuu ~ fuuu' -..-

"ahhhhhhhhhhhhh segar sikit rasa lepas nap sekejap, dah bersih dah tangan kita tengok putih kan kan"

"hurmm sambung tido balik laa xtau nak buat ape ni.. sedap gak bersandar dekat Cik Ted kakak kite ni.. krohh krohh.. ZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzz "

Itulah Cici, sejak di spay sebulan lepas ni jek la kejenya makan, tido, tido makan. Port paling dia suka adalah didalam bakul baju buchux.. kalau cari2 xjumpa tu intaila dalam bakul, kompem ada punyalah. ish2.. 

Actually dah lama xmandikan Cici ni, sebulan lebih dah sejak kn spay tu, yerla doc cakap biar 2-3 minggu lepas spay baru mandikan. takut jahitan dia xbebetul baik lagi, lepastu hantar g vaccine dan kawan cakap xleh mandikan 1 minggu lepas di vaccine takut dia demam..naseb baik tak mandikan, sebab sehari lepas hantar dia vaccine dia demam monyok jek, satu hari tido jek dalam bakul baju buchux ololo syian Cici. So tgk arr kuning2 tu ha dekat bawah perot bekas jahitan hr tu, tapi bulu da tumbuh dah. 

Sekarang bagi Cici makan RC 33 Hair and Skin, nak bagi bulu dia cepat sikit tumbuh dan kulit dia cantik. Nanti bila da bebetul ok dan bulu pon da tumbuh lebat, baru nak tukar ke RC lain pulak. Almaklumlah Cici ni cerewet dan cepat bosan ngan makanan dia. Kena selalu tukar2. nasib baik la Cici ni bukan jenis cirit-birit kalau tukar makanan dia..

ok lah tu jek nak kabo.. bye

No comments:

Post a Comment