Friday, October 19, 2012

After 2 week neutered

Bismillah..

Hari selasa 2 Oktober 2012  lepas, aku dengan nekadnya telah pun menghartar Cici ke Vet untuk di spay. Sebenarnya, agak lama aku fikir, aku baca, aku search dekat internet pasal spay ni. Pasal hukum hakam, boleh ke tak, sebab, perlu ke. kenapa perlu bla bla bla.

Cici sehari sehari sebelum di spay

Kalau ikutkan dah lama cadang nak spay Cici, tapi dia sempat terpengandung dulu. huu esokey lah kan, kita bagi can dia melahirkan la dulu tak la "kejam sangat'. huuu Spay kucing ni satu kekejaman ke? Aku banyak membaca lam blog, banyak bertanya pada yang pakar, so bila aku rasa macam YES! aku kena buat jugak aku nekad, aku redha dan aku pasrah.

Alhamdulillah dengan izin Allah, hari ni dah hampir 3 minggu Cici neutered. keadaan cici sangat sihat dan luka dia pun da sembuh, bulu-bulu yang dicukur pun da tumbuh. memang masa mula-mula ambil dia dekat vet, cici sangat lemah. Doc cakap tu semua kesan dr bius. 48 jam jugak baru dia akan sedar sepenuhnya. malam tu aku memang xlena tidur, berpeluh, berdebar2 risau takut semua ada. Takut apa2 yang buruk berlaku. huuu esok pagi aku bangun terus meluru tengok cici, dia stil mamai2 dan tak makan.

Cici after 2 weeks ++ neutered

Lepas 2 hari baru cici sedar sepenuhnya, dia dah mula makan, minum poo and pee. lega sangat rasa. baru tenang huuu.. ada jugak yang macam terkejut bila aku cakap aku spay Cici ni. Ada yang cakap ish tak baik lah, dosa . huu.... hello.. aku tau apa aku buat. Dosa ke tak, biar Allah aje lah yang tentukan. yang penting Allah tahu niat aku kenapa aku buat semua.huuuu

Now da lepaskan Cici keluar dari cage selepas hampir 3 minggu aku kurung dia. Untuk keselamatan dia jugak.Alhamdulillah dia sihat dan cergas. Kos Spay dekat vet kerajaan sekali dengan vaccine RM 70.00. tak mahal sanagt kan. Semoga Cici akan terus sehat dan panjang umur.

 
Cici


Wassalam...

No comments:

Post a Comment