Saturday, October 20, 2012

Suggies-Combi

Bismillah...

Warghh punya la lama kan tak update blog ni.mesti kengkorang tertunggu2 an an HAHAHAH.. padahal xder sapa pon yang baca blog picisssan aku ni. ko hado? lantak kan sahja.
Ok sebab ada benda baru so macam kerajinan pulak la nak hupdate, nak bagitahu lah dekat seantero duniaaa.. -..-.
Sejak 3minggu lepas entah dah kenapa, sejak lepas kawen, adek aku ni bukan main gian dan taksubnya mau mempetkan satu haiwan ni.korang tau apa tak? haaa nama melayu dia tikar terbang.. eh bukan. mentipuww.. Tupai terbang, kalau dalam bahasa saintifiknya (reka) Sugar glider atau suggies gelaran manjeww giteww .
Umur suggies ni dalam 2 bulan setengah di beli dengan harga sekali ngan cage kecik, satu botol suppliment dan setengah bijik epal RM 230 selepas di beri diskaun, memujuk tuan kedai sambil berguling-guling dilantai kedai tersebut (overnya kau)..

lepas tu dah berjaya dibawa balik kerumah, oh sebelum itu adekku sempat mengepaw kawannya sebuah sangkar tinggi dengan percuma sebuah sangakr buatan tangan yang besaq gedabaq untuk abah sekali. hahaha baik kn kawan adek aku tu beli yg kecik free yang besar.

Now masih dalam ketakutan mahu memegang itu suggies yang diberi nama manja ngengadenya Combi.. omey kan nama dia memula my SIL bagi nama Stacy, tapi di bangkang oleh adek dan abah aku.. dorang bg la nama Combi.kah3.. kesian  SIL aku penat bg nama korang suka suki jek tuka.. pasrah jek la SIL weh..

Walaupun Combi hak milik adek aku, tapi aku la yang kena bawak si Combi ni datang kerja hari-hari.ye lah katapun haiwan ni jenis kena tuan dia ada disisi.. naseb baik aku keje sendiri so xder yang nk marah atau larang pon. Aku bagi makan buah, tukar2 la menu.. epal, mangga,pastu tomato. nampaknya Combi ni xcerewet makan, cuma makan sesikit jek.maklumlah baby lagi kan..

Tapi yang tak tahan bila dia cam garang sikit lah, bila nak pegang dia menyanyi eh  menjerit kekuat. terkejut mak tau.. huu sampai melatah2.. nak pegang pun tak jadi ah cam gini. huuu so skang mamasing masih dalam situasi mengenali hati budi katanya.. -..- kalau kn gigit pun sikit jek, rasa tajam2.. pastu kuku dia tu la xtahan tajam wooo lepas dia dok merayap2 atas tangan kompem la tangan aku jadi berbirat merah2 huu kulit manja katakan. T_T'

Hope combi ni akan panjang umur dan sehat dan akan JINAK! itu yang kita nak Sebelum nk bela ni kn banyak membaca dulu, search dekat internet pasal Sugar Glider, cara nak beli, nak membela, jenis makanan diet dia, cage yang macam mana, toys, supplimet dia, cara nak jinakkan dia.. macam2 lah. kalau rasa sanggup hadapi semua tu baru bela ok. kalau rasa xder time, baik jangan.. kang mati lak suggies tu.. sayang woo.. mahal tu..

 Meh la negok Combi kita omey sangat haih

 tengah makan tomato

 tidur

 Bergulung

Cak!! kacau orang tidur lah

1 comment:

  1. Jelesnya... nanti rezeki sye ayah sye hadiahkan sugar glider boleh??? :P

    ReplyDelete